Bagi
memastikan kita sentiasa menggunakan udara yang sihat, kita perlu
mengambil langkah bagi memperbaiki kualiti udara yang sedia ada. Antara
langkah yang kita boleh ambil untuk memperbaiki kualiti udara adalah
dengan:
1) Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asap
Pihak
berwajib harus memastikan kilang dan syarikat yang terlibat dengan
aktiviti membebaskan asap kilang ke udara agar memasang penapis apas
pada cerobong kilang masing-masing. Ini adalah bagi memastikan tiada
bahan berbahaya yang disebarkan bersama-sama asap kilang tadi dan juga
mengurangkan kuantiti asap yang dikeluarkan.
2) Menganjurkan kempen kesedaran kepada masyarakat
Kempen
kesedaran boleh dianjurkan bagi mendidik masyarakat dalam menangani isu
ini dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya kempen cinta alam sekitar
seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai
perihal pentingnya menjaga alam sekitar.
3) Gunakan kenderaan yang diselenggara dengan baik
Kenderaan
yang digunakan seharusnya diselenggara dengan lebih baik. Ini bagi
memastikan kenderaan yang kita gunakan dapat meminimumkan pengeluaran
gas yang terhasil. Kenderaan yang kerap diselenggara lebih sedikit
menghasilkan asap berbanding kenderaan yang jarang diselenggara.
4) Gunakan petrol tanpa plumbum
Penggunaan
petrol tanpa plumbum juga dapat meminimumkan pembebasan logam berbahaya
ke udara. Sekalipun petrol tanpa plumbum adalah lebih mahal berbanding
petrol berplumbum, namun sekiranya kesemua kita mempunyai kesedaran yang
tinggi terhadap alam sekitar, kita boleh bekerjasama bersama-sama
mengurangkan pencemaran.
5) Berkongsi kenderaan
Amalan
berkongsi kenderaan juga merupakan amalan yang dapat mengurangkan
pencemaran udara. Dengan jumlah kenderaan yang sedikit berada di
jalanraya, sudah tentu jumlah bahan cemar yang dibebaskan ke udara juga
adalah lebih sedikit. Selain dapat mengurangkan pembebasan bahan cemar
ke udara, amalan berkongsi kenderaan ini juga dapat menjimatkan wang.
6) Menggunakan pengangkutan awam
Penggunaan
kenderaan pengangkutan awam juga mampu meminimumkan penghasilan bahan
cemar udara. Seperti berkongsi kenderaan, penggunaan pengangkutan awam
jelas mengurangkan bilangan kenderaan persendirian yang berada di
jalanraya. Sekaligu ini dapat mengurangkan bahan cemar yang terbebas ke
udara.
7) Tanam lebih banyak pokok
Usaha
menanam lebih banyak pokok juga dapat memperbaiki kualiti udara kita.
Dengan jumlah pokok yang lebih banyak, bermaksud kuantiti gas karbon
dioksida dapat dikurangkan. Malah kuantiti gas oksigen yang dibebaskan
oleh tumbuhan juga dapat diperbanyakkan lagi.
8) Denda yang tinggi bagi yang melanggar undang-undang
Sebagai
satu lagi langkah mendidik masyarakat agar bertindak dengan lebih baik,
denda yang tinggi boleh dikenakan kepada mereka yang melanggar
undang-undang. Sikap mereka ini seharusnya dijadikan pengajaran kepada
pihak lain agar lebih berhati-hati dalam menangani hal yang melibatkan
kualiti udara.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar